Friday, May 4, 2018

Keputusan Kejohanan Bola Sepak MSS Bahagian Mukah 2018

Oya, 3 Mei 2018. Pertandingan Bola Sepak 12TKB MSS Bahagian Mukah 2018 telah melibatkan 3 buah daerah iaitu daerah Mukah, Dalat dan Daro bertempat di padang SK Datu Pengiran Mohamad Oya. Perlawan pertama diantara daerah Daro dah Mukah telah dimulakan pada pukul 9.30 pagi dimana Mukah telah mengalahkan pasukan Daro dengan mata 2-1. Perlawanan kedua adalah diantara Daro dan juga pasukan Dalat dengan keputusan 3-0 dan perlawanan terakhir pula adalah diantara pasukan Dalat dan juga Mukah dengan keputusan 0-1 seterusnya menempatkan pasukan Mukah ditempat pertama manakala pasukan Daro ditempat yang kedua. Pasukan Dalat yang melibatkan 5 orang pelajar dari SK Datu Pengiran Mohamad telah mendapat tempat yang ketiga. Pasukan Dalat diketuai oleh Guru Besar SKDPM iaitu Cikgu Kamal bin Jahuri@Jahori dan Ketua Jurulatih ialah Cikgu Arif dari SK Kampung Teh. Walaupun pasukan Dalat telah berusaha dengan bersungguh-sungguh, namun kalah dan menang adalah adat permainan. Insya-Allah kita akan berjaya pada tahun hadapan. Tahniah dah syabas kepada semua pemain dan jurulatih yang terlibat dalam menjayakan pertandingan pada tahun ini. 

- Cikgu Hafizi


Thursday, May 3, 2018

Pertandingan Memanah MSS Bahagian Mukah 2018



Oya, 30 April 2018. Pertandingan Memanah MSS Bahagian Mukah telah diadakan di SMK Oya yang telah melibatkan tiga daerah di bahagian Mukah iaitu Mukah, Dalat dan Daro. SK Datu Pengiran Mohamad telah menghantar 3 orang wakil untuk kategori 12TKB lelaki yang diwakili oleh adik Irfan Rahimi, adik Awg Asfia Aqilluddin dan adik Awgku Mohd Zharfan dari tahun 5. Tahniah kepada adik Irfan Rahimi yang telah memenangi tempat ke-3 dengan jumlah mata yang diperolehi sebanyak 143 untuk 2 pusingan perlawanan seterusnya melayakkan diri untuk mewakili Bahagian Mukah ke MSS Sarawak yang akan diadakan pada 2-6 Julai 2018 di Samarahan. Ditempat pertama dimenangi oleh adik Haikal dari SK Kampung Teh dan ditempat kedua oleh adik Bryan dari SK Sungai Ud. Pertandingan ini disertai oleh 64 orang peserta dan mempunyai 4 Kategori. Jarak untuk 12TKB adalah 30meter dan untuk 18TKB adalah 50meter. Pertandingan ini dikelolai oleh SK Kampung Teh dan dibantu oleh Pasukan Jurulatih Memanah Daerah Dalat. Tahniah untuk semua peserta dan penganjur. 

Kejohanan Bola Sepak MSS Bahagian Mukah 2018

Oya, 3 Mei 2018. Kejohanan Bola Sepak 12TKB MSS Bahagian Mukah telah diadakan pada 3 Mei 2018 di SK Datu Pengiran Mohamad Oya. Acara ini disertai oleh 3 daerah iaitu Daro, Dalat dan juga Mukah. Perlawanan bermula pada pukul 9.00 pagi dan gimik perasmian telah dirasmikan oleh En Ismail Bin Kram, UPPK PPD Dalat.


Wednesday, March 9, 2016

Pembahagian Bantuan Kewangan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) Tahun 2016

Majlis Pembahagian Bantuan Kewangan yang diadakan di Kantin SK Datu Pengiran Mohd Oya

Majlis pembahagian Tabung Kewangan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) telah diadakan pada petang 8 Mac 2016 (Selasa) di perkarangan Kantin SK Datu Pengiran Mohamad Oya. Guru Besar, Cikgu Lias bin Hj Daud memberi sepatah dua kata sebelum pembahagian dijalankan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan diharap dengan bantuan ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam meningkat prestasi anak-anak kita. Insya-Allah.

Thursday, March 3, 2016

Tahniah Adik Sazwan!

Penyampaian Medal Oleh Cikgu Wadi Fatimah (kanan), Penolong Kanan Akademik dan diiringi oleh Cikgu Jaidah (kiri), Penolong Kanan Ko-Kurikulum SK Datu Pengiran Mohamad Oya


Tahniah diucapkan kepada Adik Sazwan dari tahun 5 Cemerlang kerana telah mengharumkan nama SK Datu Pengiran Mohamad Oya dengan menjadi JOHAN dalam Kejohanan Merentas Desa Peringkat Bahagian Mukah dan seterusnye melayakkan diri ke peringkat negeri yang dan mendapat tempat yang KEEMPAT. Semoga kejayaan Adik Sazwan dapat menjadi pembakar semangat kepada pelajar lain untuk menambahkan lagi usaha dalam mencapai kejayaan dalam sukan masing-masing. Tahniah juga diucapkan kepada jurulatih merentas desa dan olahraga iaitu Cikgu Luqman Al-Hakim, Ustaz Khairul Anwar dan Cikgu Nicholas yang tidak pernah jemu dalam melatih Adik Sazwan sehingga memperoleh kejayaan.

Saturday, February 6, 2016

Selamat Bersara Cikgu Bolhen Bin Hj Bujang







Selamat bersara untuk Cikgu Bolhen bin Hj Bujang atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Bol.. Semoga kita berjumpa lagi. Sudi-sudikanlah melawat sekolah sekiranya berkelapangan dan Selamat Hari Lahir yang ke-55 pada 13 Februari 2016. Semoga diberi kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa dimurahkan rezeki. Insya-Allah.

Tuesday, January 26, 2016

Selamat Datang!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat Datang ke blog rasmi SK Datu Pengiran Mohamad Oya. Sekolah ini terletak di pekan Oya di dalam daerah Dalat. Dibawah pengelolaan Pejabat Pendidikan Daerah Dalat. Sekolah ini dipimpin oleh Cikgu Lias Bin Hj Daud. Untuk sebarang maklumat lanjut, bolehlah hubungi sekolah ini dengan menghantar e-mail ke dapemoss@gmail.com