Wednesday, March 9, 2016

Pembahagian Bantuan Kewangan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) Tahun 2016

Majlis Pembahagian Bantuan Kewangan yang diadakan di Kantin SK Datu Pengiran Mohd Oya

Majlis pembahagian Tabung Kewangan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) telah diadakan pada petang 8 Mac 2016 (Selasa) di perkarangan Kantin SK Datu Pengiran Mohamad Oya. Guru Besar, Cikgu Lias bin Hj Daud memberi sepatah dua kata sebelum pembahagian dijalankan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan diharap dengan bantuan ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam meningkat prestasi anak-anak kita. Insya-Allah.

Thursday, March 3, 2016

Tahniah Adik Sazwan!

Penyampaian Medal Oleh Cikgu Wadi Fatimah (kanan), Penolong Kanan Akademik dan diiringi oleh Cikgu Jaidah (kiri), Penolong Kanan Ko-Kurikulum SK Datu Pengiran Mohamad Oya


Tahniah diucapkan kepada Adik Sazwan dari tahun 5 Cemerlang kerana telah mengharumkan nama SK Datu Pengiran Mohamad Oya dengan menjadi JOHAN dalam Kejohanan Merentas Desa Peringkat Bahagian Mukah dan seterusnye melayakkan diri ke peringkat negeri yang dan mendapat tempat yang KEEMPAT. Semoga kejayaan Adik Sazwan dapat menjadi pembakar semangat kepada pelajar lain untuk menambahkan lagi usaha dalam mencapai kejayaan dalam sukan masing-masing. Tahniah juga diucapkan kepada jurulatih merentas desa dan olahraga iaitu Cikgu Luqman Al-Hakim, Ustaz Khairul Anwar dan Cikgu Nicholas yang tidak pernah jemu dalam melatih Adik Sazwan sehingga memperoleh kejayaan.

Saturday, February 6, 2016

Selamat Bersara Cikgu Bolhen Bin Hj Bujang







Selamat bersara untuk Cikgu Bolhen bin Hj Bujang atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Bol.. Semoga kita berjumpa lagi. Sudi-sudikanlah melawat sekolah sekiranya berkelapangan dan Selamat Hari Lahir yang ke-55 pada 13 Februari 2016. Semoga diberi kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa dimurahkan rezeki. Insya-Allah.

Tuesday, January 26, 2016

Selamat Datang!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat Datang ke blog rasmi SK Datu Pengiran Mohamad Oya. Sekolah ini terletak di pekan Oya di dalam daerah Dalat. Dibawah pengelolaan Pejabat Pendidikan Daerah Dalat. Sekolah ini dipimpin oleh Cikgu Lias Bin Hj Daud. Untuk sebarang maklumat lanjut, bolehlah hubungi sekolah ini dengan menghantar e-mail ke dapemoss@gmail.com