FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri,
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
VISI
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
1.
Bentuk Perisai
Melambangkan sekolah sebagai nadi melahirkan
pelajar unggul daripada aspek sahsiah dan akademik
2.
Warna Merah
Semangat kukuh dalam memperjuangkan
kebenaran dan keadilan
3.
Warna Kuning
Perjuangan terhadap keharmonian oleh setiap
warga sekolah
4.
Warna Hijau
Keikhlasan dalam bertindak untuk mencapai
matlamat sekolah.
5.
Gambar Suluh Api
Merupakan sinaran cita-cita perjuangan yang
berterusan.
6.
Gambar Roda / Bulatan
Ditamsilkan kesepaduan yang jitu antara
masyarakat sekolah untuk mencapai moto BELAJAR DAN BERDISIPLIN.
7.
Gambar Bulatan Kecil
Bercantum Tiga
Semangat kental dalam memperjuangkan
aktiviti kokurikulum.
8.
Gambar Lengkungan Berwarna
Kuning
Memperihalkan keseimbangan nilai tradisi
kepelbagaian etnik masyarakat sekolah.
MOTO: Belajar dan
Berdisiplin
SEJARAH SEKOLAH
SEJARAH SEKOLAH
Menyingkap sejarah pembangunan fizikalnya, sekolah ini
dibina berdekatan dengan Sungai Batang Oya diatas tanah Encik Idris Bin Iman.
Bangunannya berstrukturkan kayu dan berlantaikan nibongserta beratapkan daun
rumbiadan berdindingkan daun nipah. Pada awal tahun 1930, bangunan baru dibina
bagi menggantikan bangunan sekolah yang lamadan uzur. Struktur dan pelan
bangunan hampir sama kecuali nama sekolah telah ditukar kepada” Sekolah Datu
Pengiran Mohamad”dan dibawah seliaan Kerajaan British. Bilangan murid bertambah
ramai dan murid yang berumur mendominasikan kelas-kelas standard dua dan dan
tiga. Nama sekolah ini wujud bersempenadengan nama seorang pembesar tempatan (
SARAWAK NATIVE OFFICER (SNO) iaitu Datu Pengiran Mohamad.
Pada tahun 1941, sekolah ini telah diambilalih oleh
pemerintahan jepun. Pada tahun 1945, urusan pentadbiran sekolah diambilalih
oleh British setelah Jepun menyerah kalah. Justeru, keadaan sekolah belum
begitu ramai murid dan penduduk tidak mahu pergi ke sekolah kerana masih ramai
yang susah akibat peperangan dengan tentera Jepun. Seterusnya, pada tahun 1957,
sekolah ini dibina semula dan strukturnya agak kuat, teguh dan tapak bangunan
juga dipindah ke tempat yang lebih sesuai dan luas. Ramai anak orang Oya
belajar di sekolah ini dan bahasa pengantar adalah Bahasa Inggeris disamping
Bahasa Melayu diajar sebagai bahasa kedua ( Vermacular).
Setelah Sarawak membentuk Malaysia, keadaan sekolah ini
berubah dan prestasi akademik lebih menyerlah cemerlang. Ramai murid yang lulus
“ Common Entrance Examination”dan melanjutkan pelajaran keperingkat menengah
dah university.
Pada tanggal 7 April 2014 warga SK DPM telah berpindah ke
bangunan baru yang terletak dijalan Oya-Dalat. Justeru , SK DPM masih megah
gagah dan tersergam indah serta redha untuk mencatat sejarah lantas dihayati
oleh generasi muda dalam meniti dan menggapai ilmu pengetahuan. Disinilah para
pendidik menabur jasa dan mentarbiakan murid agar lebih cemerlang., Gemilang
dan Terbilang dalam senario Pendidikan, disiplin dan arena sukan.
Jalan Masuk SK DPM lama |
Bangunan Pejabat SK DPM Lama |
Kelas |
Kelas |
SK DPM Lama |
Laluan ke Kuaters Guru |